China, AS Perlu Perluas Kerjasama: Duta China

(CRI)Khamis 02 Oktober 2025

Duta Besar China ke Amerika Syarikat (AS) Xie Feng berkata kedua-dua negara perlu memperluas kerjasama demi situasi sama menang.

Xie membuat kenyataan itu pada majlis resepsi sempena sambutan ulang tahun ke-76 penubuhan Republik Rakyat China yang diadakan di Washington pada Isnin.

Menurut beliau, China dan AS mempunyai kepentingan bersama yang luas dan ruang kerjasama yang besar.

Jumlah perdagangan antara kedua-dua negara mencecah hampir US$688.3 bilion pada 2024 berbanding hanya US$2.5 bilion yang direkod pada 1979, sekali gus memaparkan daya tahan dan momentum dalaman yang cukup kuat.

Xie berkata bidang-bidang seperti usaha membanteras pendatang haram, penipuan telekomunikasi dan jenayah kewangan, pencegahan dan rawatan kanser dan penyakit berjangkit serta teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh menjadi tumpuan kerjasama bagi kedua-dua pihak.

Beliau turut menekankan perlunya kedua-dua pihak mematuhi prinsip asas tidak berkonflik dan tidak berkonfrontasi untuk menyuntik kestabilan kepada dunia yang kini berada dalam keadaan tidak menentu.

Video

Berita Berkaitan