- Lain-lain
China, AS Diharap Bertindak Sehaluan
Menteri Luar China, Wang Yi menzahirkan harapan agar China dan Amerika Syarikat (AS) dapat bertindak sehaluan bagi memantapkan interaksi peringkat tinggi dan mewujudkan syarat kondusif untuk perkembangan hubungan dua hala.
Wang yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), membuat kenyataan itu semasa mengadakan perbualan telefon dengan Setiausaha Negara AS Marco Rubio pada Isnin.
Beliau berkata hubungan China-AS memainkan peranan penting dalam menentukan arah masa depan dunia.
Ujarnya, hubungan bilateral yang sihat, stabil dan mampan adalah selaras dengan kepentingan jangka panjang kedua-dua negara serta aspirasi masyarakat antarabangsa.
Presiden Xi Jinping dan Presiden Donald Trump kedua-duanya merupakan pemimpin penting dunia, dan hubungan lama mereka yang mengekalkan pertukaran serta saling menghormati menjadi aset strategik paling berharga dalam hubungan China-AS, kata Wang.
Sementara itu, Rubio berkata hubungan AS-China adalah hubungan dua hala paling penting di dunia dan beliau berharap kedua-dua negara dapat memberi isyarat positif kepada dunia menerusi interaksi peringkat tinggi.
- China, AS akan Adakan Rundingan Ekonomi dan Perdagangan di Malaysia
- China, AS Setuju Adakan Rundingan Ekonomi dan Perdagangan Pusingan Baharu
- China Bukan Musuh, Sebaliknya Teladan yang Berjaya -- Prof Jeffrey Sachs
- China, AS Perlu Perluas Kerjasama: Duta China
- Hubungan China-AS yang Sihat Bawa Manfaat kepada Dunia -- PM Li Qiang
- China Tidak Akan Abaikan Prinsip, Syarikat, Untuk Capai Perjanjian
- Untung Bersama Jadi Pegangan, Isu Ekonomi Rungkai Melalui Rundingan
- Menteri Pertahanan China, AS Berbincang Menerusi Panggilan Video
- Wang Yi Berbincang dengan Setiausaha Negara AS
- Wang Yi Bertemu Delegasi Majlis Perniagaan AS-China
 
				 
			




