- Lain-lain
Xi Balas Surat Delegasi Pertukaran Pendidikan Belia AS
Presiden Xi Jinping membalas surat daripada delegasi pertukaran pendidikan belia Amerika Syarikat (AS) yang datang melawat China pada Oktober 2025.
Delegasi itu terdiri daripada guru dan pelajar dari Diamond Minds Transformational Leadership Academy serta Universiti Florida dan Kolej Miami-Dade.
Dalam surat balas bertarikh 7 Jan, Xi berkata harapan hubungan China-AS terletak pada rakyat dan masa depannya bergantung kepada golongan belia.
Setakat ini lebih 40,000 belia AS berpeluang melawat China untuk mengikuti program pertukaran dan pengajian menerusi inisiatif '50,000 dalam Lima Tahun' yang disyorkan Presiden Xi.
Xi menyatakan inisiatif itu telah membuka jendela bagi mereka untuk mengenali China yang sebenar, sekali gus membina jambatan untuk meneruskan persahabatan sesama rakyat.
Ia memperlihatkan bahawa pertukaran dan kerjasama muhibah adalah aspirasi bersama rakyat kedua-dua negara, katanya.
Xi turut menyuarakan harapan agar lebih ramai belia AS dapat terlibat dalam usaha meningkatkan persahabatan China-AS, menjadi duta persahabatan generasi baharu, dan menyumbang kepada pemerkasaan pertukaran sosiobudaya serta pengukuhan hubungan dua hala.
Mutakhir ini, guru dan pelajar delegasi berkenaan menulis surat kepada Presiden Xi dan menyatakan penghargaan terhadap inisiatif '50,000 dalam Lima Tahun' kerana memberi peluang berharga bagi memupuk persefahaman antara belia kedua-dua negara.
- Harap Bersama AS Laksana Hasil Rundingan Dagangan: MOFCOM
- Xi, Trump Adakan Pertemuan di Busan
- China, AS Diharap Bertindak Sehaluan
- China, AS akan Adakan Rundingan Ekonomi dan Perdagangan di Malaysia
- China, AS Setuju Adakan Rundingan Ekonomi dan Perdagangan Pusingan Baharu
- China Bukan Musuh, Sebaliknya Teladan yang Berjaya -- Prof Jeffrey Sachs
- China, AS Perlu Perluas Kerjasama: Duta China
- Hubungan China-AS yang Sihat Bawa Manfaat kepada Dunia -- PM Li Qiang
- China Tidak Akan Abaikan Prinsip, Syarikat, Untuk Capai Perjanjian
- Untung Bersama Jadi Pegangan, Isu Ekonomi Rungkai Melalui Rundingan




