- Lain-lain
China Bukan Musuh, Sebaliknya Teladan yang Berjaya -- Prof Jeffrey Sachs
China bukanlah musuh, sebaliknya satu teladan yang berjaya, kata Prof Jeffrey Sachs Ketika ditemu bual Kumpulan Media China (CMG) di Beijing baru-baru ini.
Ahli ekonomi tersohor dari Universiti Columbia itu berpendapat, di sebalik perubahan sikap kerajaan Amerika Syarikat (AS) terhadap China, iaitu dari tidak mempeduli hingga ke berhati-hati, adalah ketidaksangkaan terhadap perkembangan pesat negara Tembok Besar.
Prof Sachs telah memberi pujian tinggi terhadap pencapaian pembangunan China.
"Keyakinan saya terhadap China berasaskan pengalaman sendiri yang berkait dengan negara ini sepanjang hidup saya," kata beliau.
Prof Sachs kini berkhidmat sebagai profesor ekonomi, dan juga Pengarah Pusat Pembangunan Lestari di Universiti Columbia. Beliau pernah dilantik sebagai penasihat khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk tiga penggal berturut-turut, menceburkan diri dalam pengajian mengenai pembangunan global termasuk pembangunan lestari, pengurangan kemiskinan dan pertumbuhan ekonomi.
Mengulas mengenai hubungan China-AS, Prof Sachs menganggap bahawa China bukanlah ancaman.
"Saya telah melihat pembangunan China dalam tempoh 44 tahun sejak saya pertama kali menjejakkan kaki ke negara ini pada tahun 1981. Dan sejak itu, saya sering datang ke China dan membuat kajian tentang ekonomi negara ini," kata beliau.
Ketika diminta memberikan komen mengenai kesalahfahaman dan prasangka beberapa negara Barat terhadap China, Prof Sachs berkata, "Pergilah ke China dan lihat dengan mata sendiri! Dari barat ke tengah, dari Shenzhen ke Shanghai, lalu ke Shandong, anda akan mendapat jawabannya."
Beliau mengakui bahawa China telah mencapai kemajuan besar dalam bidang teknologi di persaingan global, dan ini mungkin mencetuskan rasa cemas sesetangah rakyat AS.
Di samping itu, beliau menganggap bahawa AS tidak dapat menghalang China dan menyifatkan idea itu sebagai tidak masuk akal.
"Jumlah ekonomi China amat besar dan kini telah menjadi rakan dagang utama bagi kira-kira 150 negara di dunia. China berada di barisan terdepan dalam pelbagai bidang teknologi, memupuk sejumlah besar graduan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik setiap tahun.
"Anda boleh menyemak kedudukan sumbangan tesis sains alam yang diterbitkan di jurnal Nature setiap tahun. Kekuatan penyelidikan China berada di barisan terdepan.
"AS patut memperhebat inovasi dan bekerjasama dengan China. Dasar menyekat akan membawa kesan musnah. Oleh itu, kita mesti menyingkirkan fikiran yang tidak munasabah ini dan menalik balik dasar salah seumpama," kata Prof Sachs.
- China, AS Perlu Perluas Kerjasama: Duta China
- Hubungan China-AS yang Sihat Bawa Manfaat kepada Dunia -- PM Li Qiang
- China Tidak Akan Abaikan Prinsip, Syarikat, Untuk Capai Perjanjian
- Untung Bersama Jadi Pegangan, Isu Ekonomi Rungkai Melalui Rundingan
- Menteri Pertahanan China, AS Berbincang Menerusi Panggilan Video
- Wang Yi Berbincang dengan Setiausaha Negara AS
- Wang Yi Bertemu Delegasi Majlis Perniagaan AS-China
- Wang Yi Bertemu Delegasi Majlis Perniagaan AS-China
- China, AS Adakan Rundingan Perdagangan di Stockholm
- China, AS Fokus Selesai Persengketaan Dagangan Melalui Dialog dan Kerjasama