APEC 2026: Mesyuarat Pertama ABAC Tumpu Empat Aspek Utama

(CRI)Isnin 09 Februari 2026

Mesyuarat pertama Majlis Penasihat Perniagaan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (ABAC) 2026 berlangsung di Jakarta, Indonesia dari 7 hingga 9 Februari.

ABAC merupakan acara perniagaan utama yang pertama bagi 'Tahun China' APEC 2026 dan telah menarik penyertaan lebih 200 wakil dari 21 entiti ekonomi berkaitan.

Mesyuarat tersebut memberi tumpuan kepada empat aspek utama iaitu integrasi ekonomi serantau, pembangunan lestari, inovasi digital dan ketersambungan.

Pada mesyuarat itu, wakil China menzahirkan sokongan terhadap pembinaan kawasan perdagangan bebas Asia Pasifik sambil menyeru supaya pembelajaran bersama dan kolaborasi dalam bidang-bidang termaju seperti kecerdasan buatan (AI) terus ditingkatkan.

Video

Berita Berkaitan