- Lain-lain
Lawatan Presiden Uruguay ke China, Pencetus Kerancakan Kerjasama Selatan Global
Lawatan rasmi Presiden Uruguay, Yamandu Orsi ke China pada 1 hingga 7 Februari menjadi tumpuan media antarabangsa, memandangkan kedudukan Uruguay sebagai negara pengerusi bergilir bagi dua pertubuhan, iaitu “Kumpulan 77 dan China”, dan "Komuniti Negara Amerika Latin dan Caribbean (CELAC) serta Pasaran Bersama Selatan" (MERCOSUR) pada tahun 2026, dan Presiden negaranya sebagai pemimpin negara Amerika Latin yang pertama yang melawat China pada tahun ini.
Lawatan Presiden Orsi kali ini amat signifikan kerana menunjukkan kehendak negara-negara Amerika Latin dan Selatan Global untuk mengeratkan kerjasama dan mewjudkan pembangunan bersama dengan China.
Delegasi yang diketuai Presiden Orsi bagi jadual lawatan di China merupakan yang paling besar dalam sejarah negaranya, dan tersenarainya sebilangan besar usahawan dalam delegasi itu memperlihat kerjasama ekonomi dan perdagangan dijadikan keutamaan utama bagi hubungan kerjasama kedua-dua negara.
Hubungan persahabatan antara China dengan Uruguay yang terletak di Amerika Selatan, merupakan satu cermin bukan sahaja bagi hubungan China dengan Amerika Latin, tetapi juga bagi perpaduan dan kerjasmaa Selatan Global.

Amalan unilateralisme dan perlindungan perdagangan semakin membangkit, di sebalik landskap dunia yang penuh dengan pergolakan pada zaman pasca normal sekarang ini. Negara-negara Selatan Global perlu meningkatkan perpaduan dan kerjasama untuk mewujudkan pembangunan bersama serta menyuntik kepastian ke situasi dunia. Rantau Amerika Latin dan Caribbean dilihat sebagai bahagian yang penting dalam Selatan Global serta rakan penting bagi China dalam kerjasamanya dengan luar.
Sebagai satu kata kunci, 'Selatan Global' telah ditegaskan dalam rundingan antara pemimpin China dan Uruguay kali ini. Presiden Xi Jinping menyatakan China bersedia meningkatkan perpaduan dan kerjasama dengan Uruguay dalam kerangka Selatan Global dan mendorong bersama polarisasi dunia yang sama rata dan teratur, beserta globalisasi ekonomi yang inklusif.
Presiden Orsi pula mengatakan, pihaknya komited bekerjasama dengan China untuk memelihara kepentingan bersama Selatan Global. Ini memberikan syarat yang jelas tentang kedua-dua negara berniat untuk mengeratkan kerjasama serta mendorong kesamarataan dan keadilan.
- Usahawan China, Uruguay Giat Teroka Peluang Kerjasama
- China, Uruguay Komited Terus Menyokong Dalam Isu-isu Keprihatinan dan Kepentingan Teras
- "Suara Selatan" Semakin Lantang dalam Tadbir Urus Ekonomi Global
- China Seru Perhebat Kemandirian 'Selatan Global' dalam Pembangunan Sejagat
- China Diharap Mainkan Peranan Lebih Besar dalam Pembangunan Selatan Global
- Xi Ucap Takziah atas Pemergian Bekas Presiden Uruguay
- Mesyuarat Menteri Luar BRICS Keluar Kenyataan Pengerusi Tekan Kerjasama Selatan Global
- Utusan Khas Presiden Xi akan Hadir Upacara Angkat Sumpah Presiden Uruguay
- China Zahir Tahniah Kepada Indonesia Atas Keanggotaan Penuh BRICS
- China Terus Dorong "Selatan Global" Menyumbang kepada Kemajuan Manusia




