Mesyuarat Pegawai Kanan APEC 2026 Pertama Diadakan di Guangzhou

(CRI)Selasa 10 Februari 2026

Mesyuarat Pegawai Kanan APEC pertama dirasmikan di Guangzhou pada pagi Selasa.

Mesyuarat kali ini akan memberi tumpuan pada tema persidangan APEC 2026, iaitu "Membina Komuniti Asia-Pasifik dan Meningkatkan Kemakmuran Bersama", di samping memfokuskan pada tiga bidang keutamaan, iaitu "keterbukaan, inovasi dan kerjasama".

Selain itu, kerjasama di bawah pelbagai mekanisme dan sektor akan dilancarkan secara menyeluruh sedangkan perincian berkenaan akan dibincangkan secara mendalam, yang dilihat sebagai persiapan untuk mesyuarat pemimpin tidak formal pada bulan November nanti.

Tahun ini akan menyaksikan China memainkan peranan sebagai tuan rumah APEC untuk kali ketiga.

Mesyuarat pegawai kanan merupakan saluran utama untuk menggalakkan kerjasama APEC dan membuat persiapan untuk persidangan di peringkat pemimpin negara.

Pada masa ini, kerja persiapan bagi persidangan APEC tahun 2026 sudah dimulakan dengan menyeluruh dan pelbagai agenda dilaporkan berjalan lancar.

Video

Berita Berkaitan