PBB Kritik Tindakan Israel Perkukuh Kawalan di Tebing Barat

(CRI)Selasa 10 Februari 2026

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap keputusan terbaharu Israel untuk memperkukuh kawalan ke atas Tebing Barat.

Guterres dalam kenyataan menerusi jurucakapnya berkata tindakan Israel berkenaan sedang menghakis prospek 'penyelesaian dua negara'.

Kenyataan itu menegaskan bahawa semua penempatan Yahudi di Tebing Barat yang diduduki Israel serta sistem dan infrastruktur berkenaan tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang.

Ia juga melanggar undang-undang antarabangsa, termasuk resolusi PBB.

Video

Berita Berkaitan