Guterres Gesa Israel Batal Larangan Terhadap Operasi Pertubuhan Bantuan Antarabangsa

(CRI)Sabtu 03 Januari 2026

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Jumaat menggesa Israel menarik balik larangan terhadap operasi pertubuhan bantuan antarabangsa di wilayah Palestin.

Jurucakapnya, Stephane Dujarric dalam satu kenyataan berkata larangan itu akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang dihadapi rakyat Palestin.

Kerajaan Israel mengumumkan larangan terhadap aktiviti puluhan pertubuhan bantuan antarabangsa di Gaza dan Tebing Barat Sungai Jordan berkuat kuasa mulai 1 Januari.

Video

Berita Berkaitan