- Lain-lain
China, AS Kekalkan Komunikasi Berkenaan Rancangan Lawatan Trump

Beijing dan Washington terus mengekalkan komunikasi berhubung rancangan lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke China.
Perkara itu dimaklumkan jurucakap Kementerian Luar (MFA) Lin Jian dalam sidang media di Beijing pada Khamis.
Dalam perbualan telefon baru-baru ini, Trump sekali lagi menyatakan hasrat untuk melawat China pada bulan April dan Presiden Xi Jinping turut mengulangi jemputan beliau kepada Trump.
Kedua-dua pihak dilaporkan sedang berbincang mengenai perkara tersebut.
Lin berkata diplomasi ketua negara memainkan peranan strategik dalam hubungan China-AS.
Mengulas lanjut, Lin menjelaskan bahawa manfaat bersama dan situasi menang-menang merupakan inti pati hubungan ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara.
Ujarnya, China dan AS perlu bersama-sama melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara bagi menyumbang kepastian dan kestabilan kepada kerjasama ekonomi dua hala serta ekonomi global.
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
"Michael One Shots Chaozhou": Edisi khas Tales of Cities
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
Tales of Cities | Daripada Dentangan Besi Hingga Ritma Lagu, Tiexi Memalu Nadi Kelahiran Semula
- Cari Pendekatan Hidup Bersama yang Kondusif, Mustahak bagi China dan AS
- China, AS Harus Kekal Momentum Hubungan Dua Hala, Maju ke Arah Betul - kata Presiden Xi
- China, AS Bincang Keselamatan Maritim di Hawaii
- China, AS Bincang Pelaksanaan Hasil Rundingan Perdagangan
- China, AS Perlu Laksanakan Konsensus Pemimpin Kedua-dua Negara dengan Baik
- Langkah Pelaksanaan Konsensus Rundingan Ekonomi dan Perdagangan China-AS di KL
- Menteri Pertahanan China Bertemu Ketua Pentagon di Kuala Lumpur
- Xi Bertemu Trump di Busan, Seru Perkukuh Hubungan China-AS
- Xi, Trump Bakal Bertemu di Busan
- China, AS Capai Konsensus Asas dalam Rundingan Ekonomi dan Perdagangan di Malaysia