- Lain-lain
Hospital Pesawat China Tawar Perubatan Percuma di Laos
![]() |
| Hospital pesawat China berjaya melakukan pembedahan pertama dalam pesawat pada Selasa. |
Sebuah hospital pesawat kendalian Hospital Mata & ENT Universiti Fudan Shanghai bersama Perbadanan Pesawat Komersial China (COMAC) tiba di ibu negara Laos, Vientiane, baru-baru ini untuk menjalankan misi perubatan kebajikan awam pertama di luar negara.
Hospital tersebut, yang diubahsuai daripada kapal terbang kipas turbo jarak pendek-sederhana C909 yang dibangunkan secara domestik, selesai melakukan pembedahan pertama di dalam pesawat Selasa lalu.
Sebuah pasukan perubatan dari Hospital Mata & ENT Universiti Fudan tiba di Vientiane pada 30 Januari untuk memberikan konsultasi dan pemeriksaan perubatan secara percuma. Daripada 600 pesakit yang diperiksa, hampir 50 dipilih untuk menjalani pembedahan. Mereka dijadualkan menjalani prosedur sama ada di dalam hospital pesawat atau di hospital-hospital tempatan.
“Pesawat Hospital C909” ini merupakan hospital berasaskan pesawat pertama di dunia yang mengkhususkan oftalmologi, otolaringologi, serta prosedur-prosedur perubatan yang berkaitan. Pesawat terbabit dilengkapi dengan kemudahan perubatan canggih termasuk mikroskop pembedahan mata dan endoskop ENT, dengan sokongan sistem diagnostik dan rawatan digital.
![]() |
| Hospital pesawat China menawarkan perkhidmatan perubatan percuma di Laos. |
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
"Michael One Shots Chaozhou": Edisi khas Tales of Cities
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
Tales of Cities | Daripada Dentangan Besi Hingga Ritma Lagu, Tiexi Memalu Nadi Kelahiran Semula
- Pesawat C919 Kesembilan China Southern Airlines Mula Beroperasi
- Pesawat C919, C909 tampil di Pertunjukan Udara Singapura 2026
- Tentera China Selamatkan 17 Anak Kapal Filipina di Laut China Selatan
- Pesawat C919 Berkhidmat untuk Laluan Guangzhou-Nanjing
- China Umum Pemberian Bantuan AS$100 Juta kepada Palestin
- C919 Mulakan Perkhidmatan Komersial di Dataran Tinggi
- Pertunjukan Udara Dubai 2025 Buka Tirai, C919 China Buat Kemunculan Sulung di Timur Tengah
- China Serah Peralatan Tenaga Solar Kegunaan Rumah kepada Cuba
- Pesawat C919 Tiba di UAE, Sertai Pertunjukan Udara Dubai 2025
- Pesawat C919 Dicat Khas Sambut Sukan Kebangsaan China Ke-15

