- Lain-lain
China Umum Pemberian Bantuan AS$100 Juta kepada Palestin
Presiden China Xi Jinping pada Khamis mengumumkan pemberian bantuan AS$100 juta kepada Palestin bagi membantumeredakan krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza serta menyokong pemulihan dan pembinaan semula Gaza.
Presiden Palestin Mahmoud Abbas turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas bantuan kewangan yang disalurkan kerajaan China kepada Palestin.

Beliau menyifatkan langkah China itu sebagai lambang keutuhan ikatan persahabatan antara kedua-dua negara serta kalangan rakyat.
Bantuan berkenaan memperlihatkan komitmen China dalam menegakkan kebenaran dan keadilan, serta keprihatinan dan sokongan pemimpin China terhadap rakyat Palestin, ujarnya.
Abbas berkata langkah seumpama akan memperkukuh lagi perkongsian strategik dan jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak, selain menyumbang kepada kedamaian dan kestabilan rantau.
Presiden itu menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada China yang berdiri teguh bersolidariti bersama Palestin di persada dunia.
Palestin sedia bekerjasama dengan China ke arah mewujudkan kesaksamaan dan keamanan menyeluruh berasaskan undang-undang antarabangsa, tambah beliau.
- Presiden Xi Ucap Tahniah kepada Perhimpunan PBB Memperingati Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin
- China Serah Peralatan Tenaga Solar Kegunaan Rumah kepada Cuba
- Misi Tetap China ke FAO Dirasmikan di Rom
- Bantuan Kemanusiaan Kumpulan Pertama China untuk Mangsa Banjir Tiba di Pakistan
- Britain, Kanada, Australia Iktiraf Negara Palestin
- Upacara Penyerahan Bantuan Kemanusiaan China untuk Mangsa Gempa Bumi Afghanistan Diadakan
- Barang Bantuan China Tiba di Kabul
- China Salur Bantuan Kemanusiaan RMB50 Juta kepada Afghanistan
- Palestin Tubuh Jawatankuasa Penggubalan Perlembagaan Sementara
- WFP Hargai Bantuan China kepada Mangsa Bencana di Selatan Madagascar




