Xi Kirim Surat Balas ke Sahabat-sahabat di Negeri Iowa, AS

(CRI)Rabu 18 Februari 2026

Presiden China, Xi Jinping telah mengirim sepucuk surat balas beserta satu kad ucapan Selamat Tahun Baharu Cina (TBC) 2026 ke sahabat-sahabat di Negeri Iowa, Amerika Syarikat (AS), dan memberi doa-doa kepada mereka semasa sambutan hari raya. Xi menyatakan, dalam lawatannya ke Iowa pada 41 tahun lalu, beliau pernah disambut mesra dan kenangan indah itu masih segar dalam ingatannya hingga kini.

"Tidak kira bagaimana situasi semasa berubah, hasrat rakyat China dan AS untuk berinteraksi dan bekerjasama tidak akan berubah, dan sama juga persahabatan di kalangan belia. Kalian diharapkan terus berusaha mempromosikan persahabatan rakyat antara kedua-dua negara, menggalakkan lebih ramai belia menjadi pewaris persahabatan China-AS dan penjaga keamanan, serta memberi sumbangan lebih besar kepada pembangunan hubungan bilateral," kata Xi. Sebelum ini, seorang sahabat dari Iowa, Peron pernah menulis surat kepada Presiden Xi, untuk mengucapkan Selamat TBC 2026, dan menyatakan bahawa Iowa menghargai persahabatan dengan rakyat China dan akan terus mendorong perkembangannya.

Video

Berita Berkaitan