- Lain-lain
China Sekali Lagi Jadi Rakan Dagang Terbesar bagi Jerman

Menurut data terkini yang dikeluarkan Pejabat Statistik Persekutuan Jerman pada Jumaat waktu tempatan, China sekali lagi menjadi rakan dagang paling penting bagi Jerman pada tahun 2025 dengan jumlah import eksport bernilai kira-kira 251.8 bilion Euro (RM1.16 trilion).
Menurut data itu, jumlah import eksport barangan Jerman-China pada tahun 2025 meningkat 2.1 peratus tahun ke tahun. Jabatan tersebut menyatakan bahawa China sentiasa merupakan negara sumber import yang paling penting bagi Jerman sejak tahun 2015. Jumlah produk yang diimport Jerman dari China pada tahun 2025 merekod 170.6 bilion Euro (RM784.5 bilion), manakala jumlah eksportnya ke China mencatat 81.3 bilion Euro (RM373.8 bilion).
Serentak itu, dasar tarif Amerika Syarikat dan pertikaian perdagangan yang terbabit sudah memberikan kesan tertentu kepada perdagangan Jerman-AS. Jumlah perdagangan Jerman-AS pada tahun 2025 menurun 5 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan mencecah 240.5 bilion Euro (RM1.1 trilion), dan eksport Jerman ke AS menyusut 9.4 peratus dengan mencatat 146.2 bilion Euro (RM672.3 bilion).
Dilihat dari keseluruhan, lebihan perdagangan Jerman sepanjang tahun 2025 mencapai 200.5 bilion Euro (RM922 bilion), menguncup sebanyak 42.4 bilion Euro (RM195 bilion) berbanding tahun 2024.
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- Mesyuarat Menteri Luar China-Jerman-Perancis Berlangsung di Munich
- Wang Yi Bertemu Menteri Luar Jerman di Beijing
- Menter Luar Jerman akan Lawat China
- China, Jerman Komited Perkukuh Komunikasi Strategik
- Menteri Luar China, Jerman Adakan Perbualan Menerusi Telefon
- Lima Dekad Dalam Kerjasama Perdagangan dan Ekonomi dengan China, Bavaria Capai Hasil Memberangsangkan
- China, Jerman Adakan Dialog 'Komprehensif, Pragmatik, Jujur, dan Konstruktif': Menteri Luar Wang Yi
- Presiden Xi dan Canselor Merz Adakan Perbualan Melalui Telefon
- Xi Ucap Tahniah kepada Canselor Baharu Jerman
- China, Jerman Ikrar Perkasa Kerjasama Komprehensif