AS, Israel Terbukti Sertai Rusuhan Berdarah di Iran - Menteri Luar Araghchi

(CRI)Selasa 13 Januari 2026

Menteri Luar Iran, Seyed Abbas Araghchi mengadakan sidang media mengenai perkembangan situasi di negara itu, pada Isnin.

Menurut beliau, protes damai yang dianjurkan oleh persatuan industri dan tokoh-tokoh ekonomi berlaku di Iran sejak 28 Disember 2025. Namun protes itu bertukar menjadi konflik kekerasan dalam beberapa hari berikutan penyertaan lebih ramai orang.

Araghchi berkata, bermula 8 Januari 2026, pengganas dan anggota militan membawa senjata menyertai protes, melepaskan tembakan ke arah polis dan orang awam, dengan berniat untuk meningkatkan kekacauan dan menjadikan protes damai rusuhan berdarah.

Beliau menyatakan Iran telah memperoleh banyak dokumen dan bukti yang menunjukkan Amerika Syarikat (AS) dan Israel telah menyertai serangan keganasan tersebut.

Video

Berita Berkaitan