- Lain-lain
Kekerasan, Konfrontasi Tidak Dapat Selesai Isu Nuklear Iran: Wakil China
Tindakan kekerasan dan konfrontasi tidak akan dapat menyelesaikan isu nuklear Iran, kata Wakil Tetap China ke Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Li Song.
Kenyataan itu dibuat susulan Lembaga Gabenor IAEA meluluskan resolusi berhubung isu nuklear Iran yang dibawa oleh Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis dan Jerman pada Khamis.
Antara 34 negara anggota, China, Rusia dan Nepal mengundi menentang manakala 12 negara membangun antaranya Brazil, Afrika Selatan, India, Mesir dan Thailand berkecuali.
Li berkata sejarah membuktikan bahawa tindakan mendorong kelulusan resolusi berhubung isu nuklear Iran yang bersifat konfrontasi adalah seperti menuang api ke dalam minyak.
Justeru beliau menyeru supaya Lembaga Gabenor berusaha mendorong rundingan berkenaan dan mencipta syarat kondusif kepada kerjasama antara Iran dan IAEA, di samping mewujudkan persekitaran yang bermanfaat bagi pusingan baharu usaha politik dan diplomasi.
- AS Sedia Musnahkan Fasiliti Nuklear Iran Sekali Lagi Jika Perlu - Trump
- AS, Iran Mungkin Adakan Rundingan di Oslo Minggu Depan
- China Seru Penyelesaian Politik Isu Nuklear Iran di Majlis Keselamatan PBB
- IAEA Adakan Mesyuarat Tergempar Susulan Serangan AS terhadap Kemudahan Nuklear Iran
- China Kecam Serangan AS Menyasarkan Tiga Tapak Nuklear Iran
- Keputusan Sama Ada Serang Iran Diketahui dalam Dua Minggu: Rumah Putih
- Usaha Politik Satu-satunya Pendekatan Selesai Isu Nuklear Iran: Duta China
- Rakyat Iran Berkabung untuk Mangsa Tragedi Letupan Pelabuhan Shahid Rajaei
- Wakil China, Rusia dan Iran Bertemu Ketua Pengarah IAEA
- China Sokong Usaha Damai Isu Nuklear Iran Secara Politik dan Diplomatik




