Trump Tandatangani Perintah Eksekutif untuk Kenakan Tarif 10% ke atas Barangan Global

(CRI)Sabtu 21 Februari 2026

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan di media sosialnya pada Jumaat bahawa dia baharu sahaja menandatangani sau perintah eksekutif untuk mengenakan tarif sebanyak 10 peratus ke atas barangan dari kesemua negara dan wilayah, dan perintah terbabit "berkuat kuasa hampir serta-merta".

Pada sidang media yang diadakan lebih awal pada hari yang sama, Trump menyatakan bahawa tarif yang disebut dalam perintah ini bertujuan untuk menggantikan tarif yang telah dianggap tidak sah oleh Mahkamah Agung AS.

Untuk rekod, Mahkamah Agung telah mengumumkan keputusan pada pagi hari yang sama, yang berbunyi bahawa 'Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa' AS tidak memberikan mandat kepada presiden untuk mengenakan tarif berskala besar, yang bermakna dasar tarif kerajaan Trump mengalami kegagalan besar.

Sehubung itu, Trump berkata dia mempunyai banyak "pilihan lain", dan kerajaannya akan memulakan beberapa siasatan terhadap apa yang disebut "tindakan perdagangan tidak adil" mengikut Seksyen 301 Akta Perdagangan 1974 untuk melindungi negaranya daripada "perdagangan tidak adil kendalian kerajaan dan syarikat negara lain".

Video

Berita Berkaitan