Pengguna AS Tanggung Lebih Separuh Kos Tarif Menjelang Akhir Tahun - Goldman Sachs

(CRI)Jumaat 17 Oktober 2025

Laporan terkini yang dikeluarkan Goldman Sachs menunjukkan bahawa pengguna Amerika Syarikat (AS) dijangka menanggung sehingga 55 peratus daripada kos tarif menjelang akhir tahun ini.

Menurut laporan tersebut, syarikat-syarikat di AS kini menanggung kira-kira 22 peratus kos tarif disebabkan kelewatan dalam pelarasan harga, namun jika kesan tarif baharu dan akan datang menyamai pola tarif sebelum ini, beban utama akhirnya akan dipindahkan kepada pengguna.

Dasar tarif AS juga telah menyebabkan perbelanjaan penggunaan peribadi teras AS meningkat sebanyak 0.44 peratus, dan akan menyebabkan kadar inflasi meningkat kepada 3 peratus pada Disember.

Walaupun Presiden AS, Donald Trump menegaskan bahawa rakan dagang AS telah menanggung kos tarif, hakikatnya pengimport AS terpaksa membayar tarif tersebut kepada Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS, yang kemudiannya disalurkan kepada pengguna melalui kenaikan harga.

Video

Berita Berkaitan