- Lain-lain
Duta China ke AS Berucap pada Konsert Gala Anjuran WIPAC
China dan Amerika Syarikat (AS) perlu mengikut konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, memegang prinsip saling hormat, hidup bersama secara aman dan kerjasama saling untung serta menemui cara pergaulan yang tepat antara kuasa besar bagi bersama-sama mempersembahkan simfoni era semasa.
Duta Besar China ke AS, Xie Feng membuat kenyataan itu ketika menghadiri konsert gala Winners' Classic Circle anjuran Majlis Seni Piano Antarabangsa Washington (WIPAC) selaku pengerusi kehormat acara berkenaan pada Ahad.
Xie berkata sebagai dua entiti ekonomi terbesar dan anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), China dan AS perlu bertanggungjawab terhadap sejarah, rakyat dan dunia serta berusaha bersama-sama demi kedamaian, perpaduan dan persahabatan sejagat.
Tambah beliau, Inisiatif Peradaban Global (GCI) yang dikemukakan oleh Presiden Xi Jinping memberi penekanan mengenai pemeliharaan dan inovasi tamadun serta pertukaran dan kerjasama sosiobudaya antarabangsa.
"China sedia bersinergi dengan semua negara untuk menggalakkan pembelajaran bersama antara tamadun ke arah membuka lembaran baharu dalam pertukaran sosiobudaya dan integrasi budaya," katanya lagi.
- Eksport Udang Indonesia Dijangka Menurun 30 Peratus Akibat Tarif AS
- AS Umum Tarif Tambahan 25 Peratus ke atas Produk India
- Trump Naikkan Kadar Tarif Kanada kepada 35 Peratus
- Rundingan Dagangan China, AS Capai Hasil
- AS, EU Capai Perjanjian Perdagangan Baharu
- EU Sedia Kenakan Tarif Balas Terhadap Produk AS Jika Rundingan Gagal
- EU Sedia Kenakan Tarif Balas Terhdap Produk AS Jika Rundingan Gagal
- China Seru Tolak Tarif Sepihak, Pertahan Sistem Dagangan Multilateral
- Tarif Import AS, Beri Kesan Besar Kepada Ekonomi Global - IMF
- Tindakan Paksaan Sepihak Perlu Dibatal: Duta China