- Lain-lain
Perang Perdagangan, Tarif Tidak Jejaskan Populariti Produk Berkualiti China
Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning menyatakan bahawa produk berkualiti China adalah popular di serata dunia, dan kepelbagaian serta pasarannya yang stabil digemari ramai, dan menyifatkan ia sebagai tidak mungkin berubah akibat tarif atau perang perdagangan, lapor agensi berita Xinhua.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang pertanyaan berkait perdagangan asing China dalam satu sidang media pada Khamis. Menurut data ekonomi China yang dikeluarkan pada Julai, import dan eksport barangan China telah memperbaharui rekod tertinggi untuk tahun ini.
Menurut Mao, meskipun dalam persekitaran luaran yang bergolak dan kompleks, namun perdagangan asing China terus mempamerkan prestasi baik, sekali gus mencerminkan daya tahan yang kuat dalam ekonomi China dan ledakan permintaan global terhadap produk China.
“Ini adalah hasil gabungan daripada usaha China untuk mengembangkan pembukaan berpiawaian tinggi, pembangunan berkualiti tinggi serta menambah baik dan menaik taraf industri,” ujar jurucakap itu lagi.
Tambah Mao, fakta telah membuktikan bahawa perdagangan antarabangsa yang berasaskan kelebihan perbandingan telah membolehkan berlakunya pembangunan bersama dan memanfaatkan semua pihak.
Katanya, China akan terus berkongsi peluang pembangunannya dengan negara-negara lain menerusi kerjasama terbuka untuk hasil yang saling menang.
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
Keindahan Musim: Permulaan Musim Luruh
Peneraju Dwibahasa Muda Jelajah Zhejiang: Mencari Cenderamata Paling Diingini
Menjejak “Elemen Chengdu” di Kedai Rasmi TWG2025
Berbasikal Keliling Chengdu Pada Malam Pertengahan Musim Panas
- Duta China ke AS Berucap pada Konsert Gala Anjuran WIPAC
- China, AS Umum Penangguhan Kenaikan Tarif Selama 90 Hari
- Eksport Udang Indonesia Dijangka Menurun 30 Peratus Akibat Tarif AS
- AS Umum Tarif Tambahan 25 Peratus ke atas Produk India
- Trump Naikkan Kadar Tarif Kanada kepada 35 Peratus
- Rundingan Dagangan China, AS Capai Hasil
- AS, EU Capai Perjanjian Perdagangan Baharu
- EU Sedia Kenakan Tarif Balas Terhadap Produk AS Jika Rundingan Gagal
- EU Sedia Kenakan Tarif Balas Terhdap Produk AS Jika Rundingan Gagal
- China Seru Tolak Tarif Sepihak, Pertahan Sistem Dagangan Multilateral