- Lain-lain
Defisit Perdagangan Terbesar di AS Akibat Pelaksanaan Tarif Tertinggi
Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, waktu tempatan telah menolak dasar tarif di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump yang dilihat sebagai paling menonjol dalam tempoh perkhidmatan penggal kedua presiden itu, yang membolehkan negaranya mengenakan tarif tertinggi sejak tahun 1940-an.
Menurut keputusan tinjauan pendapat umum yang dijalankan oleh CGTN (China Global Televisyen Network) baru-baru ini, 94.7 peratus responden percaya dasar tarif di bawah "Amerika First" telah mengalami kegagalan secara tuntas.
Secara konkrit, 91.2 peratus responden menyatakan, dasar tarif yang dilaksanakan pentadbiran Trump sebelum ini sama sekali tidak pernah menunjukkan keberhasilan dalam menyeimbangkan struktur perdagangan Amerika; 86.7 peratus responden menunjukkan bahawa defisit perdagangan yang wujud di AS sekarang ini berpunca dari dasar ekonomi domestik.
Selain itu, 88 peratus responden mengkritik dasar perdagangan Washington kerana memperalatkan peraturan perdagangan, dan menganggap ia mencerminkan amalan hegemoni "Amerika First"; 92.9 peratus responden mendakwa bahawa pengubahsuaian dasar tarif yang kerap kali dilakukan oleh kerajaan AS telah menambah risiko kepada landskap ekonomi dunia; 97 peratus responden mengecam dasar tarif terbabit secara serius mencabuli hak dan kepentingan negara lain, dan menyifatkan Washington adalah perosak terbesar bagi sistem perdagangan pelbagai hala.
Dimaklumkan, tinjauan yang dijalankan di platform CGTN dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia itu telah menyaksikan penglibatan 10,445 responden dalam masa 24 jam.
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- EU Panggil Mesyuarat Tergempar Bincang Ancaman Tarif AS
- China Tangguh Kutipan Yuran Pelabuhan Khas bagi Kapal AS Berkuatkuasa 10 November
- China Atur Tarif terhadap Produk AS
- Pengguna AS Tanggung Lebih Separuh Kos Tarif Menjelang Akhir Tahun - Goldman Sachs
- Tinjauan CGTN: Responden Global Percaya AS Lebih Menderita Akibat Perang Tarif
- China Kenakan Tindak Balas terhadap Syarikat Bantu Siasatan AS, Seru Dialog Setara
- Trump Umum Tarif 25 Peratus ke atas Import Trak Mulai 1 November
- China Tambah Tiga Firma AS dalam Senarai Entiti Tidak Boleh Dipercayai
- Perang Perdagangan, Tarif Tidak Jejaskan Populariti Produk Berkualiti China
- Duta China ke AS Berucap pada Konsert Gala Anjuran WIPAC