- Lain-lain
TBC 2026 Suntik "Kuasa Kuda" Bagi Ekonomi Global

Tahun Baharu Cina (TBC) 2026 merupakan TBC kedua selepas ia disenaraikan dalam Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO, malah sambutan TBC Tahun Kuda pada tahun ini telah menyaksikan prestasi pasaran yang memberangskangkan.
Semasa cuti TBC tahun ini, aliran rentas wilayah domestik mencecah lebih 2.8 bilion orang, dengan purata 311 juta pergerakan sehari.
Jumlah itu meningkat 8.2 peratus berbanding tahun lalu.
Pada masa sama, purata jualan harian perusahaan runcit dan katering utama meningkat 5.7 peratus.
Pihak berkuasa pemeriksaan sempadan merekodkan 17.796 juta perjalanan keluar masuk sepanjang tempoh tersebut dengan purata 1.977 juta pergerakan sehari, meningkat 10.1 peratus berbanding cuti TBC tahun lalu.
Dalam sektor hiburan, jumlah keseluruhan kutipan tiket filem di China sepanjang tempoh perayaan TBC 2026 mencecah RMB5.75 bilion (RM3.25 bilion), manakala jumlah kutipan tiket filem (termasuk pra jualan) sejak awal tahun 2026 merekodkan RMB8.3 bilion (RM4.7 bilion).
Data kukuh ini dilihat sebagai permulaan positif bagi tahun pembukaan "Rancangan Lima Tahun ke-15".

Media Sepanyol juga membuat penilaian bahawa sambutan TBC tahun Kuda ini menjadi "pemangkin" bagi pemulihan ekonomi global.
Di bawah tema "Tahun Baharu Cina, Dikongsi Dunia", produk perayaan seperti kuih muih dan makanan sejuk beku dieksport ke berpuluh-puluh negara dan wilayah, manakala "produk berteknologi" seperti dron, robot dan cermin mata AI juga mendapat sambutan baik di kalangan pelancong asing.
Pada masa sama, barangan berkualiti dari seluruh dunia seperti udang galah Kanada, wain Eropah dan produk kesihatan Amerika Syarikat (AS) turut menyeberangi lautan menuju ke meja makan rakyat China.
Sepanjang cuti TBC ini, pelancong China menjejaki hampir seribu bandar di seluruh dunia, manakala pelancong asing juga berpusu-pusu datang ke China untuk menyambut TBC.
Tempahan tiket penerbangan meningkat lebih empat kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun yang lalu.
Majalah AS, "Travel Around the World" dan beberapa media antarabangsa lain melaporkan bahawa jumlah pelancong antarabangsa yang mencatat rekod baharu telah menyertai "arus besar" musim perjalanan perayaan TBC.
Fenomena "penghijrahan manusia terbesar di dunia" itu kini berkembang menjadi mobiliti global, sekaligus menyuntik momentum kukuh kepada industri pelancongan dunia.
Menjelang TBC 2026, Kementerian Perdagangan China bersama sembilan jabatan lain telah melancarkan kempen "Beli-Belah Musim Bunga 2026" bagi merangsang potensi permintaan domestik melalui langkah pengagihan baucar perayaan.
Profesor Lyu Yue dari Institut Penyelidikan Keterbukaan Negara, Universiti Perdagangan dan Ekonomi Antarabangsa (UIBE) berkata, China akan terus memperluas impak "ekonomi musim cuti" dan mengubah lonjakan perbelanjaan perayaan kepada pemacu penggunaan jangka panjang.
Kemeriahan pasaran penggunaan semasa TBC telah menyuntik keyakinan dan daya motivasi bagi ekonomi China untuk tahun baharu.
Tanggal 24 Februari merupakan hari pertama bekerja selepas cuti panjang TBC, perusahaan di pelbagai lokasi di seluruh China memulakan hari mereka dengan "kuasa kuda" untuk memenuhi pesanan, manakala projek-projek utama juga sudah menekan butang "pecutan".
China akan bersama-sama dunia untuk terus mara ke hadapan pada tahun baharu ini.
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- China Saksikan Kesibukan Puncak Perjalanan Balik Hujung TBC
- Muzium Sains China Terima 3.5 Juta Pelawat Cuti TBC
- Pasaran Pengguna China Buka Kukuh Pada Tahun Kuda
- Ketibaan Pengembara Rentas Daerah 5.08 Bilion Orang 20 Hari Pertama Sambutan TBC 2026
- Semakin Ramai Warga Asing Melancong dan Membeli-belah di China Semasa TBC
- Sambutan TBC Semakin Relevan dalam Landskap Dunia dari Segi Budaya
- Xi Terima Ucapan 'Selamat TBC 2026' dari Sejumlah Pemimpin Asing
- Ketibaan Pengembara Dijangka Cecah 3.5 Bilion Orang dalam Tempoh 2-17 Feb
- Xi Hadir Majlis Resepsi TBC 2026 di Beijing
- Pertalian Yang Menyatukan