Lapangan Terbang Awam China Catat Rekod Baharu pada 2025

(CRI)Jumaat 27 Februari 2026

Lapangan terbang awam China mempamerkan prestasi cemerlang pada tahun 2025 apabila tiga penunjuk utama operasi mencapai paras tertinggi dalam sejarah.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) pada Khamis, jumlah penumpang yang dikendalikan sepanjang tahun 2025 mencecah 1.529 bilion perjalanan, meningkat 4.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Dalam tempoh sama, jumlah kargo dan pos yang dikendalikan mencapai 21.864 juta tan, meningkat 9.0 peratus tahun ke tahun.

Sementara itu, jumlah pergerakan pesawat termasuk pendaratan dan pelepasan, merekodkan sebanyak 12.448 juta penerbangan, meningkat 0.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Video

Berita Berkaitan