Latihan Tentera Laut “Keazaman Kedamaian 2026” Bakal Diadakan di Afrika Selatan

(CRI)Sabtu 10 Januari 2026

Latihan Bersama Tentera Laut “Keazaman Kedamaian 2026” akan diadakan di perairan dan ruang udara berhampiran Simonstown, Afrika Selatan pada awal hingga pertengahan Januari, dengan menyaksikan penglibatan sejumlah negara anggota BRICS termasuk China, Rusia dan Afrika Selatan.

Latihan kali ini bertujuan memperdalam lagi pertukaran kerjasama ketenteraan antara pelbagai negara peserta supaya dapat bersama-sama mempertingkat kemampuan mengatasi ancaman maritim.

Mengangkat tema "Tindakan Bersama untuk Menjaga Keselamatan Laluan Strategik Pengangkutan Laut dan Aktiviti Ekonomi ", latihan maritim bersama ini merangkumi misi menyelamat dalam tindakan anti-keganasan, serangan di laut, sesi pertukaran teknologi profesional dan lawatan antara kapal.

Video

Berita Berkaitan