- Lain-lain
Dialog Strategik China-AU Diadakan

Dialog Strategik China-Kesatuan Afrika (AU) ke-9 telah diadakan di ibu pejabat AU di Addis Ababa, ibu negara Ethiopia pada Khamis, diserikan dengan kehadiran Menteri Luar China, Wang Yi dan Pengerusi Jawatankuasa AU, Mahamoud Ali Youssouf.
Wang menyatakan bahawa pihaknya bersedia menjadikan pembangunannya sendiri sebagai penggerak untuk membantu negara-negara membangun termasuk yang di Afrika, memperjuangkan matlamat modenisasi bersama dan memelihara kepentingan Selatan Global. Kedua belah pihak perlu terus memanfaatkan platform Forum Kerjasama China-Afrika untuk memperkasakan kerjasama dalam bidang yang substantif, terus memperkukuh Perkongsian Strategik China-AU, serta mendorong AU memainkan peranan sebagai peneraju dalam konteks hubungan China-Afrika.
Menurut beliau, China bersedia terus memperkukuh dialog dan pertukaran dengan AU berhubung pelaksanaan empat 'inisiatif global', serta mendorong pembentukan sistem tadbir urus global yang lebih adil dan munasabah.
Mahamoud Ali Youssouf pula menyatakan bahawa pihaknya menyanjung tinggi empat 'inisiatif global' anjuran Presiden Xi Jinping dan komited berusaha bersama dengan China untuk memelihara kepentingan Selatan Global dan mewujudkan keadilan dan pembangunan damai sedunia.
- "Tahun Pertukaran sosiobudaya China-Afrika" 2026 Buka Tirai di Addis Ababa
- Xi Ucap Tahniah kepada Tahun Pertukaran Rakyat-ke-Rakyat China-Afrika
- Wang Yi Dijadual Hadir Upacara " Tahun Interaksi Sosiobudaya China-Afrika "
- G-STIC 2025 Fokuskan Pembangunan Lestari di Afrika
- Pengorbanan Doktor China di Tanzania Tinggalkan Kesan Mendalam
- CAETE Disertai Hampir 4,700 Syarikat China dan Afrika
- China Laksana Pengecualian Tarif Sepenuhnya Terhadap Produk dari 53 Negara Afrika
- Pemimpin China, Kongo Ucap Tahniah kepada Mesyuarat Peringkat Menteri FOCAC
- China Komited Bantu Rakyat Afrika Tingkatkan Kerelevanan dalam Pembangunan
- China Ikrar Bantu Chad Dorong Pembangunan Modenisasi




