Wang Yi Dijadual Hadir Upacara " Tahun Interaksi Sosiobudaya China-Afrika "

(CRI)Rabu 07 Januari 2026

Menteri Luar China, Wang Yi dijadual melawat Ethiopia, Somalia, Tanzania dan Lesotho pada 7 hingga 12 Januari atas undangan Kesatuan Afrika (AU).

Demikian menurut jurucakap Kementerian Luar (MFA) China pada Selasa.

Katanya, Wang juga dijadual menghadiri upacara perasmian "Tahun Interaksi Sosiobudaya China-Afrika" di ibu pejabat AU.

Lawatan berkenaan merupakan kali ke-36 berturut-turut seorang menteri luar China menjadikan Afrika sebagai destinasi lawatan pertama pada awal tahun.

Video

Berita Berkaitan