Sidang Tahunan NPC, CPPCC: FYP ke-15 Jadi Tumpuan Media Asing

(CRI)Selasa 03 Mac 2026

Draf garis panduan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 akan dibahaskan dalam sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) yang bakal membuka tirai di Beijing.

Dalam sidang tahunan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), anggota CPPCC dari seluruh negara juga akan mengetengahkan usul dan cadangan berhubung FYP ke-15.

Media asing turut melihat sidang tahunan NPC dan CPPCC sebagai peluang untuk mengetahui hala tuju dasar kerajaan China bagi tempoh lima tahun akan datang.

AkhbarNihon Keizai Shimbundalam laporannya baru-baru ini menyebut bahawa 'kemandirian dan pengukuhan diri' merupakan antara kandungan teras FYP ke-15 China.

Menurut laporan itu, China akan memberi fokus kepada pembangunan industri teknologi tinggi melibatkan semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), kenderaan elektrik (EV) dan sebagainya, di samping memperkasa usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Selain itu, langkah dan inisiatif baharu China mengenai pembaharuan dan keterbukaan juga mencuri perhatian media asing.

AkhbarDelovoy Kazakhstandan beberapa media lain dalam laporan mereka menyifatkan persidangan China berkenaan mempunyai makna istimewa tatkala dunia berdepan pergolakan geopolitik dan perang perdagangan serta orde dunia baharu sedang dibentuk.

Video

Berita Berkaitan