- Lain-lain
Pucuk Pimpinan PKC Bincang Draf FYP ke-15 dan Laporan Kerja Kerajaan
Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan mesyuarat di Beijing pada Jumaat, berbincang mengenai draf Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 dan laporan kerja kerajaan.
Draf dan laporan kerja tersebut bakal diserahkan pada Sidang ke-4 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 untuk dibahaskan.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping.
Mesyuarat itu menuntut, ketika draf FYP ke-15 dibahaskan pada sidang ke-4 NPC ke-14 dan sidang ke-4 Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), perlu menyemarakkan demokrasi dan mengumpul idea dari pelbagai pihak untuk membina konsensus secara meluas.
Mesyuarat itu menekankan keperluan untuk melaksanakan konsep pembangunan baharu dengan lengkap, tepat dan menyeluruh, mempercepat langkah dalam membentuk paradigma pembangunan baharu, serta komited kepada usaha menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi.
Selain itu, perlu menyelaraskan kerja ekonomi domestik dan perdagangan antarabangsa, mengimbangkan pembangunan dan keselamatan dengan lebih baik, melaksanakan dasar makro yang lebih proaktif dan menggalakkan pembinaan pasaran domestik yang bersatu secara lebih mendalam.
Mesyuarat turut berbincang mengenai tindakan untuk mencegah dan mengatasi risiko di sektor utama, selain berusaha untuk menstabilkan pekerjaan, perusahaan, pasaran dan unjuran ekonomi.
Selain itu, perlu mendorong ekonomi mencapai peningkatan kualiti yang berkesan dan pertumbuhan kuantiti yang munasabah, serta mewujudkan permulaan yang baik bagi pelaksanaan Rancangan Lima Tahun ke-15.
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- Xi Mahu Permulaan Baik dalam Pelaksanaan FYP ke-15
- Xi Ucap Selamat TBC kepada Tokoh Bukan Anggota PKC
- Surat Pekeliling No. 1 MPP Dikeluarkan, Fokus Pemodenan Pertanian dan Luar Bandar
- Kerja Luar Bandar China Fokuskan Tiga Kata Kunci
- Delegasi PKC Adakan Sesi Penerangan Semangat Sidang Pleno Keempat Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC
- Pucuk Pimpinan PKC Bersidang Bahas Siri Laporan Kerja
- China Undang Wartawan Buat Liputan Sidang Tahunan NPC dan CPPCC 2026
- Understand China | Agenda dan Matlamat Pelan Lima Tahun ke-15
- Understand China | Inspirasi Pelan Lima Tahun kepada Selatan Global
- Xi Mahu Permulaan Baik untuk FYP ke-15