- Lain-lain
China Bakal Hantar Utusan Khas Bantu Reda Ketegangan di Timur Tengah

China akan menghantar utusan khas bagi isu Timur Tengah, Zhai Jun ke rantau berkenaan bagi membantu meredakan ketegangan melalui usaha pengantaraan.
Perkara itu dimaklumkan jurucakap Kementerian Luar (MFA) Mao Ning dalam sidang media pada Khamis.
Mao berkata China amat bimbang terhadap situasi semasa di Timur Tengah dan telah melakukan usaha pengantaraan secara intensif sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Dalam pada itu, Menteri Luar Wang Yi mengadakan perbualan telefon secara berasingan dengan rakan sejawatnya dari beberapa negara antaranya Rusia, Iran, Oman, Perancis, Israel, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Jurucakap itu menegaskan bahawa peningkatan konflik tidak selaras dengan kepentingan mana-mana pihak.
Perang dan tindakan kekerasan tidak dapat menyelesaikan masalah, sebaliknya dialog dan rundingan merupakan jalan penyelesaian yang tepat.
Pendekatan politik dan diplomasi perlu dikekalkan bagi menangani pertikaian dan perbezaan pendapat, katanya.
Beliau berkata China akan mempergiat usaha pengantaraan dan terus mengekalkan komunikasi dengan pihak-pihak terlibat bagi membina konsensus.
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- Gencatan Senjata Mesti Diutamakan di Timur Tengah - Presiden China
- Konflik Timur Tengah: Masyarakat Antarabangsa Mahu Penyelesaian Menyeluruh dan Berkesan
- Xi Bertemu Putera Morocco, Moulay Al Hassan
- Bahrain, Qatar Pulih Hubungan Diplomatik
- Mesyuarat di Jordan Fokus Situasi Tebing Barat
- China Harap Lawatan Presiden Iran akan Tingkatkan Hubungan Dua Hala
- Kenderaan Tentera AS Diusir Syria
- Kedaulatan dan Keutuhan Wilayah Syria Patut Dihormati
- Forum Bandar China-Arab ke-3 Diadakan secara Dalam Talian
- Xi Utus Kawat Tahniah kepada Perhimpunan PBB Memperingati Hari Antarabangsa Perpaduan dengan Rakyat Palestin