Perdagangan Barangan China Naik 18.3 Peratus Dua Bulan Pertama 2026

(CRI)Selasa 10 Mac 2026

Perdagangan barangan China mengekalkan pertumbuhan kukuh apabila nilai import dan eksport mencatat 7.73 trilion yuan (RM4.39 trilion) pada dua bulan pertama tahun ini.

Menurut data terkini dikeluarkan Jabatan Pentadbiran Am Kastam (GACC), angka itu meningkat 18.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Dalam pada itu, nilai keseluruhan perdagangan antara China dengan ASEAN naik 20.3 peratus dengan merekodkan 1.24 trilion yuan (RM700 bilion).

Untuk tempoh sama, jumlah import dan eksport China menyasar negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) mencapai 4.02 trilion yuan (RM2.28 trilion), meningkat 20 peratus dari tahun ke tahun.

Video

Berita Berkaitan