Perdagangan Barang China Catat RMB33.61 Trilion pada Tiga Suku 2025

(CRI)Isnin 13 Oktober 2025

Jumlah dagangan barangan China bagi tiga suku tahun 2025 merekodkan RMB33.61 trilion (RM19.91 trilion), menokok 4 peratus berbanding tempoh yang sama, tahun lalu.

Menurut statistik dari Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC), nilai eksport mencecah RMB19.95 trilion (RM11.82 trilion) iaitu meningkat 7.1 peratus, manakala import pula merekodkan RMB13.66 trilion (RM8.09 trilion), susut 0.2 peratus.

Sementara itu, perdagangan barangan pada September sahaja mencapai RMB4.04 trilion (RM2.39 trilion), naik 8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Video

Berita Berkaitan