- Lain-lain
Zhai Jun Bertemu Menteri Luar Bahrain

Perlindungan orang awam dalam konflik bersenjata merupakan garis merahyang tidak boleh dilangkaui.
Perkara itu ditegaskan utusan khas China bagi isu Asia Barat, Zhai Jun semasa pertemuan dengan Menteri Luar Bahrain, Abdullatif bin Rashid Al Zayani di Manama pada Khamis.
Zhai berkata sasaran bukan ketenteraan seperti fasiliti tenaga dan infrastruktur awam tidak sepatutnya diserang, dan keselamatan laluan perkapalan juga tidak boleh diganggu.
Penggunaan kekerasan secara sewenang-wenangnya adalah tidak boleh diterima, kata beliau sambil menambah tugas yang mendesak ialah menghentikan segera operasi ketenteraan dan mengelak konflik daripada terus meruncing.
Sementara itu, Zayani berkata Bahrain menghargai pendirian adil China serta peranannya sebagai pengantara dalam membantu meredakan ketegangan di rantau berkenaan.
Beliau menyatakan kesediaan Bahrain bekerjasama dengan China bagi mendorong gencatan senjata dicapai dan keamanan rantau dikembalikan secepat mungkin.
- Menteri Luar China, Bahrain Bincang Isu Asia Barat
- China, Bahrain Tubuhkan Perkongsian Strategik Komprehensif
- Utusan Khas China Pergiat Diplomasi Ulang-alik di Asia Barat: MFA
- Menteri Luar China, Pakistan Bertukar Pandangan mengenai Situasi di Iran
- Utusan Khas China bagi Isu Asia Barat Temu Menteri Luar Arab Saudi
- China, Oman Seru Peperangan Ditamatkan Segera
- Menteri Luar China, Perancis Bincang Situasi Asia Barat
- China Sokong Iran Pertahan Kedaulatan, Integriti Wilayah: Wang Yi
- China Seru Tindakan Ketenteraan di Asia Barat Dihentikan Serta Merta
- China Seru Masyarakat Antarabangsa Bertindak Promosikan Pelaksanaan 'Penyelesaian Dua Negara'
- Putin, Macron Adakan Perbualan Telefon, Bincang Isu Asia Barat
- China Gesa Redakan Ketegangan Situasi Asia Barat




