Sidang Kemuncak Asia-Pasifik WIC 2026 Bakal Diadakan di Hong Kong

(CRI)Rabu 18 Mac 2026

Sidang Kemuncak Asia-Pasifik Persidangan Internet Dunia (WIC) 2026 bakal diadakan di Hong Kong pada 13 hingga 14 April.

Dalam sidang yang bertemakan “Memberdayakan Pembangunan Inovatif dengan Teknologi Digital dan Pintar— Berganding Bahu Membina Komuniti Berkongsi Nasib Ruang Siber” ini, para peserta akan melakukan komunikasi dan dialog mengenai pelbagai topik termasuk inovasi dan aplikasi peranti pintar, kewangan digital, tadbir urus keselamatan kecerdasan buatan, kerelevanan kehidupan rakyat dengan teknologi pintar dan sebagainya.

Sidang kemuncak ini dipercayai akan membantu membina platform bagi rantau Asia Pasifik meneroka kerjasama digital, peluang baharu dan pasaran baharu.

Menurut maklumat berkenaan, acara yang akan diadakan dalam tempoh sidang kemuncak tersebut termasuk upacara pembukaan, forum utama, majlis pengiktirafan sumbangan cemerlang WIC dan enam forum sampingan.

Video

Berita Berkaitan