Sidang Kemuncak Wuzhen WIC 2025 Buka Tirai, Anjur 24 Sub Forum

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 07 November 2025

Sidang Kemuncak Wuzhen Persidangan Internet Sedunia (WIC) 2025 membuka tirainya pada hari ini di pekan air purba Wuzhen yang terletak di Provinsi Zhejiang, timur China dan akan berlangsung sehingga 9 November.

Bertemakan ‘Menempa Masa Depan Kecerdasan Digital yang Inklusif, Selamat, Bekerjasama dan Terbuka – Membina Komuniti Berkongsi Masa Depan dalam Ruang Siber’, sidang itu menganjurkan 24 sub forum yang mencakupi topik seperti cadangan China terhadap Inisiatif Pembangunan Global, ekonomi digital, AI dan tadbir urus data, di samping beberapa siri aktiviti.

John Hoffman, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Sistem Global untuk Komunikasi Mobil ketika mengulas mengenai tema pada tahun ini berkata bahawa, potensi penuh digital bagi memperkaya kehidupan sejagat dapat dilaksanakan sekiranya ia dapat dilakukan dengan tepat.

Semasa acara pembukaan, anugerah penghargaan telah disampaikan sebagai tanda mengiktiraf individu dan perusahaan yang telah melakukan sumbangan luar biasa kepada landskap internet global.

Pada Khamis, WIC turut memberi penghargaan buat 17 projek antarabangsa menerusi Anugerah untuk Perintis Sains dan Teknologi 2025, iaitu satu keraian untuk penemuan baharu dalam bidang sempadan seperti model AI, IoT, kecerdasan terkandung dan pengkomputeran kuantum.

Video

Berita Berkaitan