WIC Wuzhen 2025 Dirasmikan

(CRI)Jumaat 07 November 2025

Sidang Kemuncak Persidangan Internet Dunia (WIC) 2025 dirasmikan di Wuzhen, provinsi Zhejiang China, hari ini.

Sidang kemuncak kali ini bertemakan "Membina Masa Depan Digital yang Terbuka, Bekerjasama, Selamat dan Inklusif bagi Membentuk Bersama Komuniti Berkongsi Nasib Ruang Siber".

WIC 2025 turut merangkumi 24 forum yang memberi tumpuan kepada sektor sains dan teknologi canggih seperti rantai blok, pertanian pintar dan kecerdasan buatan selain turut memperluaskan perbincangan dari sekadar bidang internet semata-mata kepada integrasi antara ekonomi sebenar dengan teknologi canggih.

Video

Berita Berkaitan