- Lain-lain
China Sedia Tingkatkan Kerjasama dengan Turkmenistan dalam Sektor Gas Asli, Perdagangan dan Bidang Bukan Sumber

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Pemimpin Nasional Rakyat Turkmen dan juga Pengerusi Halk Maslahaty Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov di Beijing pada Rabu.
Xi menyatakan bahawa "dua sesi" China yang diadakan baru-baru ini telah meluluskan garis panduan Rancangan Lima Tahun ke-15 bagi pembangunan ekonomi dan sosial.
Pelaksanaan garis panduan itu akan meletakkan asas kukuh bagi China mewujudkan modenisasi sosialis, sekali gus menyediakan lebih banyak peluang kepada dunia.
Menurut Xi, China dan Turkmenistan perlu memperluas kerjasama dalam sektor gas asli, meningkatkan taraf perdagangan dan pelaburan, selain memperkasakan kerjasama kedua-dua negara dalam bidang bukan sumber seperti kesalinghubungan, pertanian, kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital dan tenaga bersih supaya membinaparadigma kerjasama seluruh aspek yang baharu.
Berdimuhamedov dalam pertemuan itu pula merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan China terhadap status berkecuali berkekalan negara itu, di samping menyanjung tinggi empat inisiatif global anjuran Presiden Xi serta memuji pendirian adil China dalam urusan antarabangsa.
Beliau berkatan, Turkmenistan bersedia untuk memperkukuh koordinasi dan kerjasama dengan China dalam platform multilateral seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mekanisme China-Asia Tengah bagi bersama-sama memelihara keamanan dan kestabilan serantau dan dunia.


- Xi Adakan Pertemuan dengan Presiden Turkmen Serdar Berdimuhamedov
- Xi Bertemu Presiden Turkmenistan
- China, Turkmenistan Mahu Lonjakkan Ikatan Bilateral
- Pelajar Turkmenistan: Saya Saksi Persahabatan China-Asia Tengah
- China, Turkmenistan Naiktaraf Hubungan
- China, Turkmenistan Ikrar Perdalam Kerjasama Saling Untung




