- Lain-lain
China akan Sumbang Kepastian, Momentum Positif kepada Ekonomi Global
China akan mengekalkan pertumbuhan stabil dan berkualiti tinggi, di samping menyumbangkan lebih banyak kepastian dan momentum positif kepada ekonomi dunia.
Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 China merupakan cetak biru untuk melaksanakan konsep pembangunan baharu dan memperkasakan pembangunan bermutu tinggi, ia sekali gus akan mencipta dan menyediakan peluang baharu bersama-sama seluruh dunia.
Demikian dikatakan Naib Ketua Pejabat Suruhanjaya Kewangan dan Ekonomi Pusat Han Wenxiu ketika berucap pada sidang tahunan Forum Peringkat Tinggi Pembangunan China 2026 yang dirasmikan di Beijing pada Ahad.
Walaupun dunia kini menghadapi banyak ketidakpastian, kata Han, China komited memperkasakan pembaharuan secara komprehensif serta meluaskan keterbukaan bertaraf tinggi dalam lima tahun akan datang.
Tambah beliau, China akan terus memperluas akses pasaran dan membuka lebih banyak bidang khususnya sektor perkhidmatan, di samping itu, meluaskan pembukaan dalam bidang telekomunikasi, kesihatan dan pendidikan.
Bertemakan "China in Its 15th Five-Year Plan Period: Advancing High-Quality Development and Creating New Opportunities Together", sidang tahunan Forum Peringkat Tinggi Pembangunan China 2026 akan berlangsung dari 22 hingga 23 Mac.
- Amalkan Keterbukaan Lebih Luas untuk Perbanyak Peluang Global
- Pasaran Gergasi China Beri Peluang Besar kepada Dunia
- Kementerian Perdagangan China Akan Galak Penggunaan, Keterbukaan
- China Teguh Orak Langkah ke Hadapan, Suntik Keyakinan Buat Dunia
- China Komited Perluas Keterbukaan secara Berinisiatif
- China yang Terbuka, Berkongsi Peluang
- Artikel Xi Mengenai Keterbukaan Bertaraf Tinggi Diterbitkan dalam Jurnal Qiushi
- Usaha Berterusan Pembukaan China Terokai Peluang Global
- China Teruskan Usaha Kembangkan Pembukaan Peringkat Tinggi pada 2025
- Keterbukaan China Cetus Peluang Luas Buat Dunia




