- Lain-lain
Gara-gara Keagresifan Berkekalan, "Hegemoni Gaya Amerika" Semakin Merudum
Sejak saat serangan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran beralih kepada kemudahan pengeluaran tenaga, AS yang disifatkan sebagai 'kaki perang' kelihatan semakin terperangkap dalam kancah peperangan.

Satu tinjauan yang dilakukan oleh CGTN di peringat dunia menunjukkan bahawa 94.1 peratus responden berpendapat bahawa AS yang suka berperang telah mengulangi kesalahan lampau dalam sejarah peperangan, dan "hegemoni gaya Amerika" kelihatan semakin merudum.
Dalam tinjauan tersebut, 90.9 peratus responden mengutuk tindakan "keganasan negara" AS,manakala 93.8 peratus responden berpendapat bahawa serangan ketenteraan Amerika dan Israel terhadap Iran sangat kurang justifikasi dan kesahihan. Selain itu, 89.1 peratus responden berpendapat bahawa tindakan AS itu bertujuan untuk mengekalkan hegemoni dolar AS dan merampas sumber minyak Iran.

Pada masa yang sama, 94.4 peratus responden berpendapat bahawa siri tindakan salah "hegemoni gaya Amerika" sedang mempercepatkan kerosakan teruk terhadap kepimpinan global dan kredibiliti AS.
Untuk rekod, seramai 18,906 responden antarabangsa telah mengambil bahagian dan mengeluarkan pandangan mereka dalam tinjauan ini, yang diterbitkan di platform CGTN berbahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia dalam tempoh 24 jam.
- Menteri Luar China, Britain Adakan Perbualan Telefon, Bincang Situasi Asia Barat
- AS dan Israel Diseru Tamatkan Peperangan
- China Komited Terus Lakukan Usaha Pengantaraan di Negara-negara Asia Barat bagi Tamatkan Konflik
- Menteri Luar ASEAN Bincang Situasi di Asia Barat
- IRGC Lancar Serangan Baharu Sasar Pangkalan AS dan Utara Israel
- Wang Yi mengenai Situasi Iran: Kekuatan Tidak Bermakna Kebenaran di Pihaknya
- Konflik Mungkin Berlangsung Lapan Minggu atau Lebih - Setiausaha Pertahanan AS
- China Seru Hentikan Tindakan Ketenteraan, Pelihara Keselamatan Perkapalan di Selat Hormuz
- Jenazah Khamenei akan Dikebumikan di Kota Suci Mashhad
- China Seru Sinergi Tambah Baik Tadbir Urus Hak Asasi Global




