China Seru Sinergi Tambah Baik Tadbir Urus Hak Asasi Global

(CRI)Rabu 04 Mac 2026

China menyeru supaya semua pihak bersinergi untuk menambah baik tadbir urus hak asasi manusia di peringkat global.

Seruan itu dibuat Wakil Tetap China ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva dan pertubuhan antarabangsa lain di Switzerland, Jia Guide ketika berucap pada sesi ke-61 Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) di Geneva, pada Isnin.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-20 penubuhan UNHRC dan juga genap 40 tahun PBB menerima pakai deklarasi mengenai hak pembangunan.

Jia berkata usaha pemerkasaan hak asasi antarabangsa menghadapi cabaran serius susulan kebangkitan semula unilateralisme, proteksionisme dan amalan hegemoni.

Duta China turut meluahkan kebimbangan terhadap situasi semasa di rantau Asia Barat.

Beliau menyeru agar semua pihak mempertahankan sistem multilateral berteraskan PBB, di samping memajukan secara seimbang tiga tonggak utama PBB iaitu keamanan dan keselamatan, pembangunan serta hak asasi manusia.

Jia turut menekankan kepentingan mencipta persekitaran yang aman untuk perjuangan hak asasi, serta mengembangkan pelbagai hak asasi secara seimbang menerusi pendekatan berpaksikan rakyat.

Video

Berita Berkaitan