- Lain-lain
Menteri Luar China, Britain Adakan Perbualan Telefon, Bincang Situasi Asia Barat
Menteri Luar Wang Yi mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Britain Yvette Cooper pada Khamis, bertukar-tukar pendapat tentang situasi terkini di Asia Barat.
Wang berkata, konflik di Asia Barat semakin meruncing dan peperangan semakin meluas. Ini bukan sahaja memberikan tempias kepada kedamaian dan kestabilan serantau, malah turut menjejaskan tenaga, kewangan, perdagangan dan perkapalan di peringkat global serta kepentingan bersama pelbagai negara.
China menggesa pihak-pihak yang terlibat agar segera menghentikan operasi ketenteraan, menyelesaikan percanggahan melalui dialog sama rata, dan bersama-sama memelihara kedamaian dan kestabilan serantau.
Wang Yi berkata, sebagai dua anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), China dan Britain seharusnya meningkatkan komunikasi, mengambil tindakan yang kondusif untuk kedamaian, selain bersama-sama memelihara prinsip Piagam PBB serta norma asas hubungan antarabangsa.
Dalam perbualan itu, Cooper menzahirkan kesediaan Britain untuk meningkatkan komunikasi dengan China untuk menamatkan peperangan secepat mungkin, memulihkan rundingan diplomatik, serta mencari pelan penyelesaian untuk jangka masa panjang.
- Menteri Luar ASEAN Bincang Situasi di Asia Barat
- Zhai Jun Bertemu Menteri Luar Bahrain
- 3.2 Juta Penduduk Iran Hilang Tempat Tinggal Akibat Konflik - UNHCR
- Lebih 21,000 Fasiliti Awam Terjejas Akibat Serangan AS, Israel ke atas Iran
- IRGC Lancar Serangan Baharu Sasar Pangkalan AS dan Utara Israel
- Wang Yi mengenai Situasi Iran: Kekuatan Tidak Bermakna Kebenaran di Pihaknya
- Konflik Mungkin Berlangsung Lapan Minggu atau Lebih - Setiausaha Pertahanan AS
- China Seru Hentikan Tindakan Ketenteraan, Pelihara Keselamatan Perkapalan di Selat Hormuz
- Jenazah Khamenei akan Dikebumikan di Kota Suci Mashhad
- China Seru Sinergi Tambah Baik Tadbir Urus Hak Asasi Global




