China Sedia Adakan Perbincangan Jujur dan Pragmatik dengan AS

(CRI)Rabu 25 Februari 2026

China bersedia mengadakan perbincangan secara jujur dan pragmatik dengan Amerika Syarikat (AS) dalam pusingan ke-6 Rundingan Ekonomi dan Perdagangan China-AS yang dijadualkan berlangsung dalam masa terdekat.

Kenyataan itu dibuat jurucakap Kementerian Perdagangan China pada Selasa sebagai respons terhadap tindakan pelarasan tarif yang dibuat AS baru-baru ini.

"China sedang memantau dengan teliti dan akan melakukan penilaian menyeluruh terhadap langkah berkaitan yang diumumkan AS terbabit, dan akan mempertimbangkan pelarasan sewajarnya sebagai langkah balas terhadap tarif fentanyl dan tarif timbal balik AS pada masa yang sesuai berdasarkan keadaan seterusnya," kata jurucakap itu.

Jurucakap itu menambah, China berhak untuk mengambil semua langkah yang diperlukan dan bertekad untuk mempertahankan hak dan kepentingan sah.

"China secara konsisten menentang tindakan mengenakan tarif secara sepihak dalam semua bentuk dan menggesa AS membatalkan dan tidak lagi meningkatkan tarif secara sepihak," tegas jurucakap itu.

Video

Berita Berkaitan