- Lain-lain
Zheng Liwen Mulakan Lawatan di Tanah Besar China

Atas jemputan Presiden China Xi Jinping yang juga merupakanSetiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Pengerusi Parti Kuomintang China, Zheng Liwen yang mengetuai delegasi parti itu telah tiba di bandar Nanjing melalui bandar Shanghai, semalam bagi memulakan lawatan di tanah besar China.
Sebaik tiba di Nanjing, Zheng berkata lawatannya amat bermakna pada kali ini kerana bertujuan untuk menjaga keamanan Selat Taiwan dan meningkatkan kebajikan rakyat.
Beliau berkata Parti Kuomintang China akan terus berpegang pada "Konsensus 1992", menentang "pemisahan Taiwan", dan terus memainkan peranan penting dalam mendorong pembangunan dan keamanan hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan.

Terdahulu, ketibaanZheng dan delegasi di Shanghai telah disambut oleh Pengarah Pejabat Hal-ehwal Taiwan Jawatankuasa Pusat PKC, Song Tao yang turut menyifatkan kunjungan tersebut amat dialu-alukan.
Menurut Song, kedua-dua parti perlu mengutamakan kepentingan bangsa dan kesejahteraan rakyat, di samping memperkukuh kerjasama bagi mendorong pembangunan keamanan hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan, sekali gus bersama-sama mewujudkan kebangkitan semula bangsa China.
- Pengerusi KMT Dijemput Lawat Tanah Besar
- Forum Badan Pemikir PKC dan KMT Seru Perkasa Kerjasama Rentas Selat
- Delegasi PKC Adakan Sesi Penerangan Semangat Sidang Pleno Keempat Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC
- Forum Kumpulan Pemikir PKC-KMT Bincang Masa Depan Pertukaran dan Kerjasama Kedua-dua Pantai Selat Taiwan
- Sesi Pengajian Garis Panduan Sidang Pleno ke-4 Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC Berakhir
- Kem Musim Sejuk Belia Taiwan Dirasmikan di Hangzhou
- Sidang Pleno Suruhanjaya Pusat bagi Pemeriksaan Disiplin PKC Keluarkan Pengumuman
- Pucuk Pimpinan PKC Rangka Pelan Perkukuh Tadbir Urus Parti dan Banteras Rasuah
- Xi Ucap Tahniah kepada Cheng Li-wun, Dipilih sebagai Pengerusi KMT
- Agama di China Perlu Sesuai dengan Konteks Negara - Xi




