Agama di China Perlu Sesuai dengan Konteks Negara - Xi

(CRI)Selasa 30 September 2025

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Xi Jinping menegaskan kepentingan memastikan agama-agama di China disesuaikan dengan konteks negara.

Xi menyeru agar panduan berkaitan diberikan secara aktif supaya institusi agama dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat sosialis.

Semasa mempengerusikan sesi pengajian kolektif ke-22 Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC pada Isnin, Xi berkata hal itu adalah kunci untuk mencapai keharmonian agama, perpaduan etnik, keharmonian masyarakat dan kestabilan berkekalan negara.

Beliau turut menekankan keperluan untuk membimbing tokoh-tokoh agama serta penganut agama meningkatkan kesedaran identiti terhadap budaya China.

Video

Berita Berkaitan