- Lain-lain
Xi Seru Pegawai Kanan Tentera Perkukuh Integriti Politik Menjelang Ulang Tahun ke-100 PLA

Presiden China, Xi Jinping menyeru usaha berterusan untuk memperkukuh pembetulan politik dalam angkatan tentera bagi memastikan ketulenan dan kegemilangan angkatan tentera negara terus terpelihara.
Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat menyampaikan perkara itu ketika merasmikan sesi latihan bagi pegawai kanan tentera di Universiti Pertahanan Nasional, di Beijing pada Rabu.
Beliau turut menyeru pembentukan pendekatan politik yang baharu sebagai persediaan menyambut ulang tahun ke-100 Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) pada tahun depan.
Xi juga mahu pegawai kanan tentera menjadi contoh dalam melaksanakan aktiviti politik dalaman parti secara bersungguh-sungguh serta berani memperjuangkan kebenaran.
Menurut beliau, sebarang pemikiran atau tindakan yang didorong kepentingan peribadi dan amalan rasuah adalah bertentangan dengan matlamat parti.
Xi menekankan bahawa pegawai kanan perlu memimpin usaha memulihkan dan meneruskan tradisi murni parti dan tentera, supaya budaya baharu yang positif dapat diterapkan dalam angkatan tentera.
Katanya lagi, semua pihak adalah sama di sisi undang-undangan, tanpa sebarang layanan istimewa dalam pematuhan mahupun perlaksanaan.
- Zheng Liwen Mulakan Lawatan di Tanah Besar China
- Pengerusi KMT Dijemput Lawat Tanah Besar
- Delegasi PKC Adakan Sesi Penerangan Semangat Sidang Pleno Keempat Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC
- Tim Aerobatik PLA Jalankan Penerbangan Pengesahan Sebelum Singapore Airshow
- Sesi Pengajian Garis Panduan Sidang Pleno ke-4 Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC Berakhir
- Sidang Pleno Suruhanjaya Pusat bagi Pemeriksaan Disiplin PKC Keluarkan Pengumuman
- Pucuk Pimpinan PKC Rangka Pelan Perkukuh Tadbir Urus Parti dan Banteras Rasuah
- Agama di China Perlu Sesuai dengan Konteks Negara - Xi
- Sidang Pleno ke-4 Jawatankuasa Pusat PKC ke-20 Berlangsung Hujung Oktober
- Perhalusi Pelaksanaan "Lapan Peraturan", Tegakkan Integriti dalam Kerja Rutin – Xi




