Perhalusi Pelaksanaan "Lapan Peraturan", Tegakkan Integriti dalam Kerja Rutin – Xi

(CRI)Sabtu 30 Ogos 2025

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping menggesa usaha konsisten untuk memperhalusi pelaksanaan "lapan peraturan" dan menegakkan integriti serta disiplin dalam kerja rutin PKC, supaya dapat menggalas amanah rakyat terus memperjuangkan misi yang holistik.

Xi, yang juga Presiden China dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat menegaskan bahawa pencapaian baharu dalam perkembangan kerjaya kenegaraan tidak terlepas dari semangat gigih dalam memperhalusi pelaksanaan "lapan peraturan" tersebut, dan peningkatan usaha dalam menegakkan integriti dan disiplin dalam kerja rutin untuk jangka masa panjang.

"Pelbagai pihak perlu menegakkan integriti melalui pendidikan yang bersasaran dan cekap, dengan tumpuan diberi kepada kader yang baharu, muda dan kader dalam jawatan penting.

"Usaha perlu dilakukan untuk mewujudkan dan menambah baik mekanisme pengesanan dan penyelesaian masalah serta memperhebat pengawalseliaan dan pelaksanaan disiplin, sedangkan kuku dan taring harus ditunjukkan kepada mereka yang melanggar peraturan disiplin," kata Xi.

"Pada masa yang sama, pelbagai pihak juga digesa memikul tanggungjawab masing-masing dalam menegakkan etika kerja yang tinggi, dan memartabatkan peranan anggota PKC sebagai pelopor dalam perjuangan demi kesejahteraan rakyat," tambah beliau.

Video

Berita Berkaitan