Xi Ucap Takziah kepada Raja Thailand atas Kemangkatan Ratu Sirikit

(CRI)Isnin 27 Oktober 2025

Presiden China Xi Jinping pada Ahad mengutus ucapan takziah kepada Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn Phra Vajiraklaochaoyuhua atas kemangkatan Bonda Ratu Sirikit Kitiyakara pada usia 93 tahun.

Xi menyampaikan rasa dukacita yang mendalam bagi pihak kerajaan dan rakyat China, serta menzahirkan simpati kepada keluarga diraja, kerajaan dan rakyat Thailand.

Xi berkata Ratu Sirikit sangat dihormati oleh keluarga diraja Thailand serta rakyat negara itu.

Beliau turut menyatakan bahawa baginda ratu telah mendedikasikan diri kepada persahabatan antara China dengan Thailand, dan pernah membuat lawatan ke China bagi mewakili mendiang Raja Bhumibol Adulyadej, sekali gus memainkan peranan penting dalam memperkukuh ikatan persahabatan dua negara yang mesra seperti sekeluarga.

Video

Berita Berkaitan