WIC Asia Pasifik 2026 Dirasmikan di Hong Kong

(CRI)Isnin 13 April 2026

Sidang Kemuncak Asia Pasifik Perhimpunan Internet Dunia (WIC) 2026 dirasmikan di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong (HKCEC) pada Isnin.

Sidang kemuncak yang berlangsung selama dua hari itu mengangkat tema "Pemerkasaan Digital dan Pintar, Inovasi Pembangunan - Bersama Membina Komuniti Berkongsi Nasib di Ruang Siber".

Sebanyak enam forum akan diadakan sepanjang WIC, meliputi pelbagai topik seperti inovasi dan aplikasi pintar, kewangan digital, tadbir urus kecerdasan buatan (AI) yang selamat, penjagaan kesihatan pintar dan lain-lain.

WIC 2026 menghimpunkan pemimpin politik dan perniagaan, wakil organisasi antarabangsa serta pakar dan sarjana dari seluruh dunia bagi berbincang mengenai isu-isu terkini serta memperkukuh kerjasama digital di peringkat serantau.

Video

Berita Berkaitan