Menteri Luar China, Iran Adakan Perbincangan Telefon

(CRI)Khamis 16 April 2026

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan perbincangan menerusi panggilan telefon dengan rakan sejawatnya dari Iran, Seyed Abbas Araghchi pada Rabu.

Dalam perbualan telefon itu, Araghchi menyatakan kesediaan Iran untuk terus mencari penyelesaian yang rasional dan praktikal menerusi rundingan damai.

Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap usaha berterusan yang dilakukan China dalam mendorong peredaan ketegangan di rantau Asia Barat.

Sementara itu, Wang mengulangi pendirian konsisten China dalam menyokong usaha Iran memelihara keselamatan kedaulatan negara dan maruah bangsa.

Menurut beliau, pengekalan momentum gencatan senjata dan rundingan adalah selaras dengan kepentingan asas rakyat Iran serta aspirasi bersama negara serantau dan masyarakat antarabangsa.

Wang turut menekankan keperluan untuk menghormati dan memelihara keselamatan kedaulatan dan hak sah yang dimiliki Iran selaku negara pesisir Selat Hormuz.

Kebebasan dan keselamatan pelayaran melalui laluan berkenaan perlu dijamin, katanya sambil menambah bahawa pemulihan pelayaran merupakan seruan bersama masyarakat antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan