Penyelidik China Kemuka Teori Baharu Pulsar Milisaat Dibentuk

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 16 April 2026

Foto panorama udara bertarikh 18 Februari 2025 menunjukkan Teleskop Radio Apertur Sfera Lima-ratus-meter (FAST) sedang disenggara di provinsi Guizhou, barat daya China. (Xinhua/Ou Dongqu)

Foto panorama udara bertarikh 18 Februari 2025 menunjukkan Teleskop Radio Apertur Sfera Lima-ratus-meter (FAST) sedang disenggara di provinsi Guizhou, barat daya China. (Xinhua/Ou Dongqu)

Sekumpulan penyelidik dari China telah melaporkan penemuan sebuah pulsar baharu yang menampakkan kadar putaran luar biasa tinggi. Menurut rencana yang diterbitkan dalam jurnal Nature Astronomy baru-baru ini, pulsar tersebut berputar dua order magnitud melebihi mana-mana pulsar milisaat yang diketahui.

Dari sudut teori tradisional, pulsar milisaat terbentuk apabila pulsar biasa dalam sistem binari memutarkan jirim dari bintang pendamping, ibarat gasing yang terus-menerus dilibas. Proses ini menyebabkan berlakunya pecutan dipacu gerakan putaran.

Walau bagaimanapun, pecutan sedemikian ada hadnya. Apabila pulsar milisaat sampai ke kadar putar maksimum, tempoh putaran akan beransur-ansur stabil, mencapai kepersisan yang bahkan melampaui jam atom.

Kesemua pulsar milisaat yang diperhatikan sebelum ini belum sampai ke kadar putar maksimum, selaras dengan ramalan teori, jelas Profesor Wang Na dari Balai Cerap Astronomi Xinjiang (XAO) Akademi Sains China.

Pulsar milisaat terbaru ini terletak di sebuah sistem binari dengan tempoh orbit sekitar lapan hari, manakala pendampingnya merupakan bintang kerdil putih yang jisimnya 0.29 kali lebih besar daripada matahari kita. Tempoh putarannya ialah 3.2 milisaat, namun menampakkan tempoh derivatif luar biasa tinggi, justeru meletakkannya jauh di atas kadar putar maksimum.

Ini menandakan bahawa ia pulsar milisaat yang sangat muda, yang kehilangan tenaganya amat ketara.

Kesemua ciri ini berkontras dengan persepsi tradisional yang mengandaikan pulsar milisaat tua, lemah tarikan magnet dan berputar secara stabil.

Kajian ini, yang dijalankan oleh penyelidik dari XAO, Universiti Xinjiang dan Universiti Tsinghua, mengenakan kekangan ketat terhadap teori klasik berkaitan kadar putar pulsar milisaat.

Video

Berita Berkaitan