- Lain-lain
Pembentukan Landskap Teknologi Baharu China, Momentum Kuat bagi Pertumbuhan Ekonomi Dunia

Baru-baru ini, terdapat banyak badan media dan agensi asing yang memberikan tumpuan kepada sidang tahunan NPC dan CPPCC yang sedang berlangsung di Beijing.
Reuters dalam satu liputannya menunjukkan bahawa China telah menggubal satu pelan pembangunan bagi tempoh lima tahun akan datang, yang merancang mempercepat langkah dalam melakar pencapaian sains dan mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) ke dalam sistem industri dan ekonominya, dan menekankan kemandirian sains sebagai jaminan keselamatan negara di sebalik persaingan yang semakin sengit dengan Amerika Syarikat. Pelbagai matlamat yang sudah ditetapkan China memperlihatkan visi negara itu untuk membebaskan diri daripada perangkap pendapatan sederhana melalui pembangunan "kuasa produktif kualiti baharu", dan mengurangkan impak dari kawalan eksport AS melalui peningkatan kemampuan berdikari.

Laman sesawang Jerman, Deutschland-China menyatakan bahawa draf Rancangan Lima Tahun menunjukkan pemodenan industri dan teknologi tinggi akan menyediakan jaminan untuk masa depan China.
Laman sesawang Delovoy Kazakhstan dalam satu laporannya menyatakan bahawa keputusan Beijing boleh membawa makna yang bersifat global secara amnya, dan akan membawa peluang ekonomi baharu bagi negara-negara Asia Tengah secara khasnya.
- Teknologi Digital Majukan Industri Beri Biru di Yunnan
- China Umum Garis Panduan Dorong Pembangunan Insurans Sains, Teknologi
- Forum Ekspo China untuk Kerjasama Antarabangsa 2026 Sasarkan Masa Depan Teknologi Pintar
- China Temu Rahsia Hasilkan Gentian Karbon Prestasi Tinggi
- Terowong Angin Beraltitud Rendah Pertama di Dunia Dilancarkan di Guangdong
- Inovasi Kecil Berimpak Besar: Bagaimana China Manfaatkan Teknologi, Perbaiki Kehidupan Harian
- Teknologi Pintar, Digital Perkasakan Wanita Serata Dunia
- WICV 2025 Fokuskan Pengaplikasian Inovatif Teknologi Termaju
- Lebih 500,000 Perusahaan Berteknologi Tinggi di China pada 2024
- PM Li Seru Sokongan Dasar, Sains dan Teknologi Untuk Pacu Industri Bioperubatan




